Mutiara Kata

Mutiara Kata


Setiap perkara ada gantinya.

Setiap perlakuan ada ganjarannya.
Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Nabi Muhammad bersabda,(Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara berterusan sekalipun sedikit.)-HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah

Monday 11 July 2011

Abadi Dalam Harum Nama

Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.

Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

13 comments:

  1. Begitulah tugas insan yang bernama guru...

    ReplyDelete
  2. Pengorbanan guru memang tiada tandingannya.

    ReplyDelete
  3. Boleh belajar cara mendarab dengan berkesan.

    ReplyDelete
  4. Banyak tu pengorbanan guru.Tahniah...cantik blog.

    ReplyDelete
  5. Tahniah, sajak yang menarik.Itulah GURU...banyak pengorbanan yang dilakukan.

    ReplyDelete
  6. bersama2 kita menghayati sajak yang khas ditujukan kepada insan yang bergelar guru.....tahniah dan terima kasih.

    ReplyDelete
  7. pengorbanan guru tidak dapat dinafikan dalam membentuk generasi cemerlang dan terbilang.

    ReplyDelete
  8. kita telah dipandang mulia sekian lama....jadi kita mesti menjaga pandangan itu sebaik2nya....jgn kerana nila setitik habis semua guru busuk nama... kan bnyak bnda yg tak baik terjadi sekarang ni berkaitan dgn guru....

    ReplyDelete
  9. Guru insan yang mulia...bersyukur kerana kita juga adalah guru..

    ReplyDelete
  10. sajak yang menarik ... rasa bertuah pulak ditakdirkan menjadi guru...

    ReplyDelete
  11. Salam....blog menarik...sajak pun menarik..tahniah.

    ReplyDelete