Mutiara Kata

Mutiara Kata


Setiap perkara ada gantinya.

Setiap perlakuan ada ganjarannya.
Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Nabi Muhammad bersabda,(Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara berterusan sekalipun sedikit.)-HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah

Thursday 9 June 2011

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dalam P&P Bahasa Melayu

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan
untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum. Sejauhmanakah guru-guru mencari jalan
untuk menggunakan kemahiran ICT dalam dunia teknologi yang sentiasa berkembang
dan berubah dari masa ke masa? Dan sejauhmanakah guru sendiri mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam menggunakan ICT secara berkesan? Apakah yang
sebenarnya dapat dilakukan untuk meningkatkan dan memperbaik tahap keberkesanan
ICT di sekolah?

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi jarang sekali diaplikasikan di
dalam kelas. Umumnya, ini kerana kemudahan makmal komputer untuk mempelajari
bahasa sangatlah terhad di kebanyakan sekolah. Namun begitu, ada juga sekolah yang

mempunyai kemudahan lengkap untuk mempelajari kemahiran ICT. Sikap positif dan
inisiatif guru unuk menggunakannya adalah sangat penting dalam soal ini. Adakah
semua guru bahasa Melayu berupaya menyediakan perisian atau bahan bantu mengajar
yang sesuai sebelum menjalankan pengajaran bahasa yang menggunakan komputer?
Tambahan pula, guru bahasa tidak diberikan apa-apa bahan bantu mengajar elektronik
seperti komputer riba atau LCD untuk menyampaikan pengajaran bahasa seperti yang
diberikan kepada guru subjek lain.

Ketandusan ilmu ICT dalam diri guru sendiri juga menjadi faktor kemahiran ICT
tidak dapat diajar secara sempurna kepada murid. Kekurangan perisian bahasa Melayu
sering dijadikan alasan oleh guru sedangkan guru sendiri boleh membina perisian
sendiri. Ini menunjukkan guru bahasa Melayu mempunyai sikap rendah diri yang
menghalang mereka bersifat inovatif dalam pengajaran. Tidak semestinya perisian yang
dibina oleh seseorang guru itu hebat atau mempunyai teknologi yang tinggi. Guru
bahasa Melayu masih boleh menghasilkan perisian yang mudah, cepat dan berkesan.

Kebanyakan pengajaran guru dan topik pembelajaran bahasa Melayu hanya
tertumpu di dalam bilik darjah yang merangkumi aspek kemahiran bahasa yang biasa.
Walaupun kemahiran ICT turut digabungkan, namun penekanan terhadap kemahiran ini
sangatlah dingin.

Keseluruhannya, guru-guru yang telah mengenal pasti faedah-faedah
penggunaan ICT didapati lebih cenderung menggunakan ICTkerap kali di dalam bilik
darjah. Manakala, guru-guru yang sentiasa risau dan bermasalah pula sudah tentunya
tidak sedar akan faedah-faedah ICT, seterusnya mengekang mereka menggunakan ICT
di dalam bilik darjah. Dan keadaan ini banyak berlaku dalam kalangan guru bahasa
Melayu.

Penggunaan ICTjuga banyak bergantung kepada guru-guru yang memiliki dan
menggunakan komputer kerap kali. Pemberian komputer riba kemungkinan besar dapat
menggalakkan dan meningkatkan keyakinan dan persaingan dalam kalangan guru
bahasa dan juga menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam penggunaan
ICT. Guru-guru yang kerap menggunakan komputer didapati lebih meminati ICT di
samping meningkatkan kualiti pengajaran. Pendek kata, guru-guru yang sudah biasa dan
menggunakan komputer secara berterusan membolehkan mereka menggabungkan ilmu
ICT dalam pengajaran secara berkesan.

Kalau diperhatikan dengan teliti, golongan guru yang menghadiri kursus adalah
dalam kalangan guru yang ada inisiatif sendiri. Kebanyakan guru sering memberi alasan
bahawa mereka tidak atau kurang mempunyai masa untuk mengikuti kursus. Ini
mungkin kerana kurangnya motivasi dan minat dalam kalangan guru yang dijadikan
sebagai alasan supaya tidak melibatkan diri dalam kursus. Murid-murid pula didapati
tidak dapat mengurus masa dengan baik untuk mempelajari cara menggunakan
komputer. Mereka juga didapati tidak mahir menggunakan komputer dan kurang
mendapat bantuan daripada rakan atau guru yang mahir dalam kemahiran tersebut.

Hanya segelintir guru yang menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana mereka menghadapi masalah dalam mengintegrasi ICT dalam
bilik darjah, masalah dalam membahagikan masa untuk menggunakan komputer dan
kekurangan dalam kemahiran serta pengetahuan ICT.

12 comments:

  1. Artikel yang menarik dan membuka minda guru untuk lebih celik ICT.

    ReplyDelete
  2. terbuktilah ict memang diperlukan dalam meningkatkan profesion perguruan

    ReplyDelete
  3. ICT memang penting ..penggunaannya dlm p&p,ia akan menimbulkan minat murid utk mengikuti kelas tersebut...

    ReplyDelete
  4. pengetahuan dan kemahiran dalam ict perlu sentiasa dikemaskini supaya kita tidak ketinggalan...walaupun slow....

    ReplyDelete
  5. tetapi alat ict yg selalu rosak menyukar kan guru mencapai pengajaran ict 100% kan..

    ReplyDelete
  6. dengan adanya ict ni, murid pasti lebih berminat dalam pembelajaran.

    ReplyDelete
  7. ICT digabungkan dengan kepelbagaian teknik serta kecanggihan ilmu yang dimiliki guru,akan mewujudkan p&p yang berkesan.

    ReplyDelete
  8. Penggunaan ICT dapat membantu P&P kita agar lebih kemas dan berkualiti. Tak kira digunakan dalam subjek apa, ianya tetap hebat.

    ReplyDelete
  9. Murid-murid sekarang lebih berminat penggunaan ICT dalam P&P.

    ReplyDelete
  10. saya setuju dengan penulis bahawa penggunaan ICT memang memanfaatkan anak murid kita.Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa masa persediaan untuk guru adalah terhad.

    ReplyDelete